Friday, 20 July 2012

masjid kampung alor ara



Sejarah Dan Latar Belakang Masjid Kg. Alor Ara
            Masjid Kampong Alor Ara terletak di Kampung Alor Ara Barat ,01000 Kangar, Perlis. Jarak perjalanan dari rumah saya ke masjid ini adalah lebih kurang seribu meter. Masjid Kampong Alor Ara merupakan sebuah masjid yang berhadapan landasan keretapi yang menghubungkan di antara Alor Ara Timur dan juga kawasan Alor Ara Barat. Terletak di dalam kawasan sawah padi yang menghijau, ia dapat dilihat sekiranya anda menyeberangi landasan keretapi yang memisahkan sempadan antara dua daerah tersebut. Menurut Ketua Kampong Alor Ara Barat, Encik Ramli bin Abu seman, iaitu anak jati kampung ini yang banyak mengetahui selok belok masjid dan juga kariahnya berkata, ia begitu bersyukur, kerana pada saat ini warga kariah kampung masih lagi dapat menikmati suasana masjid  yang selesa dan besar. Saya merasa terpanggil untuk menemu ramah beliau, apabila di kariah ini, masih lagi mengamalkan sistem ahli jawatankuasa masjid yang digelar imam, bilal dan siak, malah, kesemuanya merupakan orang asal kampung ini. Setelah beberapa lama berfikir, akhirnya, saya menemu ramah beliau, yang banyak mengetahui suasana masjid kampung Alor Ara ini.
            Seperti yang dimaklumkan oleh beliau, masjid kampong Alor Ara ini dibina pada tahun 1970 oleh kerajaan negeri Perlis. Tatkala, penduduk kampung saya sangat berbesar hati apabila Almarhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail sudi mencemar duli untuk merasmikan masjid Kampung Alor Ara, yang dimeriahkan lagi dengan kenduri kesyukuran serta bacaan surah Yasiin bagi menyempurnakan majlis. Menurut cerita En. Ramli lagi, asas pembinaan masjid ini adalah diperbuat daripada kayu-kayu serta bahan-bahan binaan moden seperti batu-bata dan simen. Seperti yang kita dapat lihat, masjid ini dibina di atas tanah seluas satu setengah ekar, yang dahulunya hingga sekarang di kawasan belakang tanah tersebut adalah kawasan sawah padi yang luas, serta terdapat rumah-rumah orang kampung yang masih teguh berdiri. Menurut kata En. Ramli lagi, pada awal tahun 1990, kelengkapan dalam masjid Kampung Alor Ara ini sekali lagi dinaik taraf dengan kemudahan - kemudahan yang lain seperti  sistem PA yang lebih berkesan dalam melaungkan azan ke seluruh kampung, sistem kipas siling, serta terdapatnya hiasan lampu chandelier yang cantik yang terletak di tengah-tengah masjid untuk keselesaan kariah serta jemaah masjid bagi menunaikan ibadah dengan aman dan tenang. Tapak pembinaan masjid ini juga merupakan hasil sumbangan dua orang penduduk kampung yang bernama Haji Ahmad bin Omar bersama-sama Mat Isa bin Lebai Bakar yang telah mewakafkan tanah mereka untuk dibina masjid ini. Semoga Allah memberkati si penyumbang yang baik hati ini.

 untuk maklumat Jutland sila layari:http://aloraratimur.blogspot.com
















smk abi

abi rugby

Popular Posts